Pernah menonton cerita “Aku Terima Nikahnya” di Astro Oasis? Mesti anda tertarik dengan pemakaian tudung Rozita Che Wan yang memegang watak sebagai Sabrina.
Bagi yang tidak tahu, “Aku Terima Nikahnya” mengisahkan Editor Majalah Anis, Sabrina yang masih belum bertemu jodoh. Sikapnya yang terlalu memilih menyebabkan dia digelar Andalusia oleh pengurusnya, Haji Salim. Sabrina seorang wanita cantik, lemah lembut dan berkerjaya. Dia juga sudah berasa tawar hati pada mana-mana lelaki selepas Anuar iaitu teman rapatnya cuba curang kepadanya.
Oh, cukup pasal cerita itu. Masalahnya, di manakah mahu mendapat tudung seperti itu? Ramai yang kata susah nak cari secara online. Ramai sangat yang suka 2-layer atau 3 layer. Ada juga yang panggil double-layer atau triple-layer.
Cari kat blogspot pun susah nak jumpa. Kalau ada pun, mahal sangat. Nak tak nak, kena pergi Jalan TAR. Kat situ aje lah yang murah sikit dan boleh cari yang jenis labuh. ( SILA KLIK TITLE UNTUK BACA LEBIH LANJUT )
-Produk Pelbagai Jualan Tudung Online ada dijual di sini-